Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapaperempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidupbarunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggaljauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnyadia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama sepertipengantin baru yang lain....Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakansecara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
Suatu petangselepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliahtersebut."Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala samaseperti membunuh 10 ekor syaitan".
Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malamJumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann,betul tak sayanggg..." sambil ketawa.Si isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg,jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyumpanjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi,"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". "Tak pe... tunggula malam nanti".
Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambilmengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment